PENGALAMAN "STOP EATING SUGAR"

Dalam 2 minggu ini (8 - 22 February 2019), saya hanya pernah minum (yang diletak gula ) - segelas teh o , segelas teh candu dan satu tin Redbull . Selebihnya , hanya minum air tanpa sebarang gula sedikit pun - iaitu air panas , air suam , air mineral . Serta minum air herba dan air barli kosong . Di usia 53 tahun ini , saya berhasrat tidak lagi mengambil sebarang gula yang diproses dan yang seumpamanya seperti sweeteners atau artificial sugar . Totally no sugar in diet ! Dalam dua tiga hari pertama , rasa craving untuk gula kuat juga . So , cuba disiplinkan diri . Selain 2 gelas dan 1 tin itu , setakat ini masih berjaya. Kueh muih manis juga tidak disentuh ( jauhi semua makanan / minuman yang ada gula ) Amalan diet tanpa gula memberi faedah-faedah berikut: + meningkatkan keadaan ‘ cardiac health ‘ + mengurangkan tekanan darah . + mengurangkan kolesterol ( increase good cholesterol for the stability of your cells ) + resting heart rate may improve + turunkan obesity...