MATANG DALAM KEHIDUPAN
Di satu malam itu , Pak Guru bercerita tentang kematangan @ kedewasaan dalam kehidupan . Suaranya lembut tetapi dapat didengari dengan jelas akan kata-katanya. Kesunyian malam menjadikan kami khusyuk mendengar .
Kata Guru , ada 9 tanda di mana seseorang itu sudah menjadi matang dalam kehidupan .
“ Yang pertama, kita berhenti menilai dan menghukum orang lain, tetapi sebaliknya kita fokus untuk merubah diri kita sendiri. “
“ Kedua , kita boleh menerima orang lain seadanya. Kita faham makna perbezaan pendapat. Kita Tidak perlu taksub. “
“ Ketiga , kita berani "melepaskan" kenangan lama yg pahit. Tidak ada berdendam dan disimpan dalam hati. “
“ to forgive is an act of self-love”
“Keempat , kita berhenti mengharap dan meminta dari orang lain tetapi kita mula memberi. Biar sedikit kita memberi, tetapi jangan pernah meminta. “
” Kelima , kita melakukan sesuatu, hanya untuk mendapat keikhlasan. Melakukan sesuatu bukan untuk mendapat nilaian, pujian dan pengiktirafan dari orang lain. Tidak akan menjadi tersinggung bila difitnah, dikata, dikeji, dikutuk dan dihina orang.”
” Keenam, kita berhenti menunjuk kepandaian dan kehebatan kita. Kita mula mengakui kepandaian, kebaikan dan kehebatan diri orang lain. “
” Ketujuh, kita berhenti membandingkan nasib kita dgn nasib orang lain. Kita membandingkan nasib diri kita yg semalam. Kita berdamai dengan diri kita sendiri. Tiada punya iri hati dengki dan sakit hati melihat kelebihan dan kejayaan orang lain. “
” Kelapan, kita boleh bezakan "kehendak" dan "keperluan", lalu mengutamakan lagi keperluan dari kehendak . Keperluan dan kehendak adalah itu adalah rahmatnya.”
“ Kesembilan, kita berhenti meletakkan nilai kebahagian pada kebendaan. Kita lebih menikmati "rasa kopi" daripada menikmati "cantiknya cawan".”
Pak Guru diam . Nampak dia menarik nafas yang panjang sambil memejamkan matanya , seolah menantikan ilham untuk menutup sessi perjumpaan pada malam ini .
Seketika , Pak Guru menyambung semula “ Antara petunjuk yang kita sudah mencapai 9 tahap sahsiah di atas ialah kita tidak ada niat lagi mahu menunjuk diri kitalah yang terbaik. Sebaliknya, hati kita memandu minda untuk mahu berbuat kebenaran dan kebaikan. Niat mahu berkasih sayang dan beramal melalui kebajikan.”
Dan malam pun kian berlabuh dengan kegelapannya...
AlFatehah buat Arwah Pak Guru
Ulasan
Catat Ulasan