10 KUNCI AGAR HATI & JIWA TETAP TENANG
Waktu sudah hampir tengah malam ketika Pusat Rawatan di kunjungi oleh seorang pelanggan “ walk in “ . Biasanya , pelanggan-pelanggan kami adalah melalui temujanji untuk keselesaan dan Kebetulan pada waktu itu , baru selesai satu kes rawatan dan kami ( saya @ Muscare House dan Zamani ) bercadang untuk keluar minum . Kami pun belum makan malam lagi .
Tidak mengapalah , kerana ada tetamu , kami duduk semula untuk melayani dia .
Sebaik sahaja tetamu ini masuk dan duduk dan belum sempat kami berkenalan , berlaku black out . Lampu jalan di depan hidup dan terang . Hanya di dalam pusat rawatan lampu mati .
Zamani keluar untuk melihat suasana sekeliling , katanya hanya pusat rawatan yang mengalami black out . Rumah jiran sebelah menyebelah terang sahaja .
Selang beberapa minit , lampu menyala semula . Baharulah nampak jelas wajah kami . Tetamu yang berbaju Melayu , berkain pelikat dan memakai ketayap putih tersenyum kepada kami .
Kami pun tersenyum juga .
“ Saya ni Ustaz B dari kampung tersusun M . Maaf le datang dah lewat ni . Nampak lampu depan terang tadi , tu yang saya singgah juga .” Lembut suara Ustaz perkenalkan dirinya .
“ Tak apa Ustaz , boleh sahaja . Apa yang boleh kami bantu ni ?” Saya bertanya kepada dia .
“ Macam ni tuan , saya ada masalah batu karang . Sebelum ada masalah ini pun , saya kencing tak lawas . Ada ke ramuan herba atau apa-apa yang boleh rawat saya ni ? “
“ Ustaz panggil saya Rosdi je . Yang ni Zamani “ jawap saya .
Saya sambung lagi “ InsyaALLAH , ada ramuannya Ustaz . Bolehlah kita ikhtiarkan dan doa sama-sama . “
Zamani muncul dengan satu jug Teh Melayu dan 3 gelas , dan terus dituangnya lalu diletakkan satu gelas di depan Ustaz B , segelas di depan saya dan segelas lagi di depan dia sendiri .
“ Jemput minum Ustaz , rasa-rasa air herba Teh Melayu ni . Elok untuk buang angin badan , buang kolesterol, buang lemak dan lendir “ . Zamani pulak bersuara.
Ustaz B pun mula minum , seteguk dua teguk dan diletakkan semula gelas itu .
“ Dulu ada kawan saya , seorang Haji kat Tambun nun, dia pun sakit batu karang . Katanya , dia datang sini minum segelas air herba . Alhamdulillah, lepas minum terus keluar batunya . Dia beritahu alamat tempat ni . Tu yang saya datang “
“ Betul tu Ustaz . Saya ingat lagi Haji tu , cikgu pencen “ jawap saya .
“ Ustaz ada lenguh-lenguh , sakit belikat ke atau sakit pinggang? “ Tanya saya .
“ Biasalah Tuan , dah 50an ni , ada juga rasanya “.
Saya merenung kepada Zamani dan berkata “ Syeikh adjust Ustaz ni biar rasa segar sikit . Saya nak masak ramuan batu karang “.
Zamani mengajak Ustaz ke bilik urutan bersebelahan meja tempat kami berbual untuk di’adjust’ apa yang perlu . Biasanya bila sakit batu karang , akan rasa tidak selesa pada pinggang dan belikat
Saya pula ke dapur memasak ramuan yang diperlukan .
Selepas setengah sejam , saya dah selesai menyediakan ramuan dan Zamani juga sudah selesai membuat urutan kepada Ustaz B .
Kami duduk semula di meja tadi .
Ustaz B memulakan perbualan “ Segar rasa badan saya dengan urutan tadi . Wangi betul minyak urutnya” .
“ Ooo yang itu Muscare Aroma Herbal Essential Oil . Memang wangi Ustaz . Wangian bunga . Bila cium baunya , rasa segar fikiran . Essential Oilnya pula dari 44 jenis herba untuk kesegaran tubuh badan . Segar fikiran segar tubuh “ terang saya .
Sambil meletakkan ramuan yang saya masak tadi di depan dia , saya pun menyuruhnya minum perlahan-lahan.
Ustaz pun mengangkat mug itu dan membaca sesuatu sebelum meminumnya . Lama juga dia hendak menghabiskannya .
Waktu sudah dinihari, hampir ke pukul 1.15 pagi . Perut saya sudah berbunyi minta diisi . Rasanya perut Zamani pun berbunyi juga , nampak dia gelisah sedikit dan kerap menengok jam .
“ Saya sebenarnya memang suka minum air-air herba ni . Tetapi saya tidak tahu sangat tentang herba . Saya dok beli air herba yang orang jual kat masjid atau pasar tani dan kata elok “ kata Ustaz B setelah lama kami diam seketika . “ Tetapi air herba yang saya minum ni rasa lain sikit . Apa ramuannya Tuan ?” Soal Ustaz B.
“ Air yang Ustaz minum tadi adalah campuran 3 herba . Daun silam bari , serbuk buah susu dan lada ekor . Ramuan ini akan cuci perut , cuci buah pinggang dan cuci pundi kencing “
Saya sambung lagi “ Daun silam bari ni jika menurut cerita , pernah berkata kepada Nabi ALLAH Sulaiman as bahawa ia boleh menyembuhkan segala jenis penyakit . Logiknya , betul sebab daun ni cuci perut dan perut pulak adalah gudang penyakit “.
Ustaz B nampak mendengar penerangan saya dengan penuh minat .
Saya pun bercerita lagi bagaimana ramuan ini , penggunaan Muscare Aroma dan kaedah untuk merawat masalah batu karang yang dihidapinya . Nampak nya Ustaz B faham dan akan cuba mengikuti saranan kami .
“ Ustaz tadi dari rumah ke ? “ , saya mengubah tajuk .
“ Saya tadi dari usrah kat rumah sahabat di taman ni juga . Mula tadi saya nak survey tempat ni je dulu , tengok-tengok rumah cerah lagi , terus singgah “.
“ Ooo ok je . Elok lah tu . Boleh le Ustaz beri tazkirah sikit kat kami ni buat belaian jiwa malam ni “ , pujuk saya .
“ Saya ni bukanlah tahu sangat , tetapi bolehlah saya kongsikan sikit perkara yang saya dapat kat usrah tadi “ , jawap Ustaz B dengan mesra .
Saya memberi isyarat kepada Zamani yang sedang berdiri di pintu depan supaya datang duduk sekali .
Ustaz B mengambik IPhone XR dari kocek bawah baju Melayunya dan berkata “ Saya bacakan nota yang saya buat tadi . Ianya tentang 10 kunci agar hati dan jiwa tetap tenang “.
Saya dan Zamani cuba untuk fokus kepada penyampaian Ustaz B.
“ 10 kunci itu ialah:
- Tidak membenci.
- Tidak berkeluh kesah
- Hidup sederhana.
- Berprasangka baik .
- Selalu senyum .
- Selalu memberi .
- Berdoa untuk orang lain tanpa pengetahuan mereka .
- Tidak dengki/ iri hati .
- Mudah memaafkan.
- Hindari permusuhan .”
“ Jadi itulah kunci-kuncinya “, kata Ustaz B sambil tersenyum .
Kami pun mengucapkan terima kasih .
“ Saya minta diri dulu . Saya nak sebotol Muscare Aroma Herbal Essential Oil . Berapa semua bayarannya ?” Ustaz B bertanya .
Saya pun menerangkan tentang harga produk dan rawatan kepada dia. Selepas itu , kami bersalaman .
Selepas dia pergi , tiba-tiba lampu jalan di depan Pusat Rawatan pulak padam. Lampu jalan pada tiang-tiang lain elok sahaja menyala.
“ Lampu dah nak rosak tu “, saya beritahu Zamani . “ Jom kita cari makan pulak , lapar “, sambung saya .
Ya ALLAH, berikan kami kebaikan di dunia dan akhirat .
Dalam cerita ini :
Muscare House , Zamani ( kisah Zam dan 7 Jin ) dan Ustaz B berkawan baik sehingga hari ini .
Masalah batu karang selesai .
Lokasi pusat rawatan:
No 11 , Haluan Tasek Timur 8,
Anjung Bercham Megah ,
Bercham 31400 Ipoh
Ulasan
Catat Ulasan