KISAH BENAR….KISAH ZAM DAN 7 JIN PENDAMPING
Aku telah menyaksikan dan malah telah menjadi salah satu watak dalam KISAH BENAR ini; dan aku menulis cerita ini setelah mendapat keizinan watak utamanya.... Panggilan telefon diterima sejam sebelum waktu Maghrib, ketika aku sedang minum petang di Restoran Persanjung Bercham, daripada seorang lelaki umur 30an hendak berjumpa aku di pusat rawatan. Katanya dia ada masalah gangguan makhluk halus. Aku terdiam, ini nampaknya akan menjadi kes gangguan pertama untuk aku uruskan sebagai tabib Thobiyyah & Illahiyyah . Selalunya aku hanya membuat rawatan ke atas kes-kes patah atau masalah-masalah saraf sahaja. Kes-kes gangguan halus memerlukan ketenangan dalaman dan keyakinan yang tinggi. Entah mengapa , secara spontan pulak aku menyatakan persetujuan untuk merawat lelaki tersebut. Aku sampai ke pusat rawatan ketika cuaca hampir gelap. Perkara pertama yang aku perasan, aku tercium bau busuk diluar pagar sebaik sahaja keluar dari kereta. Ini tanda kehadiran sesuatu, kataku di dalam...
Ulasan
Catat Ulasan