EMBUN SUDAH MEMBEKU, MATA BELUM BOLEH TIDUR
Malam kian larut . Belum ada rasa mengantuk . Sudah puas dipejamkan mata tetapi tetap gagal untuk lena . Fikiran menjadi sangat resah . Satu satu lintasan buruk datang ke fikiran . Ada kala lintasan itu menaikkan marah . Ada kala menimbulkan rasa sedih .
Entahlah ...getus hatinya !
Bukan malam ini sahaja dia jadi resah dan sukar tidur ! Malam - malam sebelumnya juga meresahkan .
Bila sudah terlalu penat , baharulah terlena . Itupun tidurnya sangat singkat dan selalu terganggu . Ada masanya , datang pelbagai mimpi yang buruk . Tetapi dia tetap perlu bangun di awal pagi . Pelbagai komitment sudah menanti . Bila bangun , badan rasa lemah dan tidak selesa . Emosi pula mudah berangin , sensitif .
Makan dan minum sudah tidak teratur . Hubungan sosial merudum .
Dan di sepanjang hari , hanya rasa kecewa yang menguasai diri ... Bukan dia tidak berikhtiar . Sudah puas ke sana sini berubat . Tetapi keadaan diri tetap sama .
Dia bercerita “ Ada masanya , saya rasa sudah give up . Tidak tahu hendak berbuat apa lagi “, suaranya bergetar dalam kesedihan .
INILAH ringkasan cerita seorang pelanggan yang mengalami masalah untuk tidur dan gangguan fikiran yang telah lama berlarutan ...
Dia datang bertemu Muscare Team untuk mendapatkan bantuan setelah disyorkan oleh seorang Ustaz yang dikenalinya .
KESAN BURUK MASALAH INI :
+ tidur adalah satu keperluan untuk sistem tubuh berehat dan melakukan proses “ self healing “.
+ kecelaruan fikiran ( stress ) mengganggu sistem pernafasan , penghadaman dan aliran darah .
+ stress mengganggu pH tubuh .
+ stress melemahkan daya ketahanan tubuh melawan penyakit .
+ stress menyebabkan banyak angin dalam badan .
+ stress menyebabkan mudah jatuh sakit .
SOLUSI :
+ “ aura treatment “ untuk menyegarkan dalaman dan fikiran .
+ “ ramuan colon Cleanser “ untuk membersihkan perut , buah pinggang dan pundi kencing supaya sistem tubuh harmoni semula.
+ Aromatherapy untuk “ mind relaxing “ dan melancarkan pernafasan ( Muscare Aroma Herbal Essential Oil).
+ Urutan untuk membetulkan saraf bagi melancarkan aliran darah dan merawat rasa ketidakselesaan.
+ Herbal Capsule untuk membersihkan darah .
+ “ Spiritual Coaching “ untuk singkirkan lintasan fikiran yang negatif .
Setelah diterangkan konsep dan kaedah Rawatan , pelanggan tadi bersetuju untuk membuat Rawatan dengan Muscare Team .
Muscare House berkata “ Sebelum kita mulakan rawatan , kita berniat dahulu Lillahitaala untuk kebaikan supaya lancar prosesnya nanti . Kita fokus dan berharap kepada Rahmat Kasih Sayang ALLAH . InsyaALLAH “.
Alhamdulillah, atas izin dan Kehendak DIA Yang Maha ESA, pelanggan ini telah pulih dan akhirnya menjadi rapat dengan Muscare Team . Dia juga aktif mempromosikan rawatan dan produk-produk Muscare .
CATATAN KES
Perawat : Muscare House
Lokasi :
Pusat Rawatan Muscare House Ipoh
No 11 , Haluan Tasek Timur 8,
Anjung Bercham Megah
Bercham 31400 Ipoh Perak
Ulasan
Catat Ulasan