Catatan

Angin Dalam Badan

Imej
"Jika kita tidak meluangkan masa mencegahnya, kita akan dipaksa meluangkan masa untuk merawatnya" #ourhealthisourbusiness Inilah cerita pendek Al-Kisah ANGIN DALAM BADAN ... Minggu lalu , seorang rakan bertanya “Macam mana angin boleh ada dalam badan?”. Dia bertanya soalan itu setelah diterangkan punca tengkuknya rasa tegang, bahu dan belikat tidak selesa, rasa kebas dan menyucuk pada jari, perut sebu dan kepala kerap sakit adalah berpunca dari banyak angin dalam badan. Begitu juga emosinya yang cepat marah . Masa itu dia datang berjumpa saya di pusat rawatan mengadukan keadaan dirinya. Sebelum saya menjawap soalannya, saya hulurkan segelas Jamu Muscare kepada dia. “ Minum dulu, baca Bismillah dan selawat. Minum perlahan-lahan” kata saya. Dia yang berusia 30an tidak terus minum. Sebaliknya, dia seolah menunggu jawapan saya kepada soalannya tadi. “Cuba Abang ceritakan secara 'sains'nya tentang angin dalam badan ni. Saya sudah lama mencari jawapannya”...

Kisah Rawatan Lalu

Imej
Seorang ibu @ pelanggan Muscare House bercerita kisah hidupnya... “Saya berasal dari satu keluarga China tetapi sejak kecil telah diserahkan di bawah jagaan satu keluarga Melayu. Saya dibesarkan dalam cara hidup Melayu dan memeluk agama Islam. Berkahwin pada usia muda .Mendapat seorang anak lelaki. Saya kematian suami semasa umur 30an. Bila kematian suami, saya berhijrah ke KL mencari rezeki dan anak ditinggalkan di kampung dibawah jagaan ibubapa angkat. Sejak saya di KL, anak lelaki mula tidak sukakan saya. Dia tidak mahu bercakap dengan saya. Saya masih kerap balik menjenguk dia dan selalu bertanya khabar. Saya hidup sendirian di KL. Saya membuat berbagai pekerjaan untuk mencari rezeki. Antaranya mencuci rumah orang, bekerja di kedai makan, bekerja di kedai runcit, menjadi pengasuh dan menjual produk. Hidup sungguh perit, dengan pekerjaan yang tidak tetap dan ditambah kebencian oleh anak sendiri. Saya merasa tertekan, sedih, kecewa dan marah dengan kehidupan. Saya sep...

Anak Syurga

Imej
Anak Syurga Kami (ASK) berumur 12 tahun dan telah dikesan dengan masalah Global Development Delay. Rania Areesya (Areesya) mempunyai minda kanak-kanak berumur 4-5 tahun. Dan saiz badannya sebesar kanak-kanak berumur 6 tahun dan Areesya tidak bercakap (non-verbal). Areesya suka bermain, sesuai dengan umurnya begitu. Kami amat fobia apabila mendengar bunyi air. Shampoo dan sabun akan habis digunakan untuk mendapat buih yang banyak. Nasib kurang baik, dengarlah keluhan abang & kakak tentang facial cream/scrub telah habis digunakan Areesya untuk mandi. Satu lagi kegemaran Areesya adalah menconteng. Bukan sekali abang, kakak & adik dia mengadu pada kami tentang buku sekolah diconteng. Pendek kata, apa yang ada dihadapan mata akan diconteng. Dinding rumah pun sudah penuh dengan lukisan Areesya. Dokumen perjalanan abang pun pernah dicontengnya (hanya diketahui apabila pihak immigration negara sahabat menunjukkan contengan tersebut). Nasib baik Areesya hanya ...

Pakej Rawatan Slipped Disk

Imej
MUSCARE HOUSE: Pakej Rawatan Slipped Disc KAEDAH Thobiyyah & Illahiyyah Illahiyyah - Doa “Sesungguhnya Penawar itu ialah Rahmat ALLAH “ Thobiyyah - Kaedah / Ramuan + Mandian untuk kesegaran dalaman . + Ramuan herba untuk cuci usus , buah pinggang dan pundi kencing. + Jabat dan urutan untuk membetulkan saraf . + Ramuan sup herba untuk perjalanan darah . + Ramuan Teh Melayu Muscare untuk perjalanan darah . + Aromatherapy untuk MindTherapy, pernafasan yang lancar dan tidur yang lena . + Rendaman kaki . + Essential Oil untuk saraf dan tulang. PROSES RAWATAN Sesi Pertama Rendaman Kaki Mandian & Jabat Urutan & Jabat Ramuan Herba “Cleanser’ Aromatherapy Teh Melayu Muscare Essential Oil Panacea @ Air Gunung Belaian Jiwa Sesi Kedua Rendaman Kaki Mandian Urutan & Jabat Ramuan Sup Herba Aromatherapy Essential Oil Teh Melayu Muscare Panacea @ Air Gunung Belaian Jiwa Sesi Ketiga Rendaman Kaki Mandian (Jika Perlu...

Cerita Di Banjaran

Imej
Ayah sedang memandu di sebatang jalan yang merentasi banjaran gunung . Sambil memandu , sambil mendengar bacaan ayat alQuran dari sistem audio kereta . Ketika itu surah Al Waqiah sedang dibaca oleh seorang qari lelaki . Bacaannya jelas dan merdu . Jalan yang Ayah lalui itu lurus dan lebar. Di kiri dan kanan jalan penuh dengan pokok-pokok . Jalan sunyi, tidak ada kenderaan lain . Matahari sudah condong ke barat. Cuaca redup , sinar matahari banyak terhalang oleh daun-daun pokok yang tebal. Tingkap sebelah pemandu terbuka , dan angin sejuk menerobos masuk . Angin gunung yang menyegarkan . Kereta G63 warna merah kegemaran Ayah meluncur lancar . Walau pedal minyak ditekan sedikit , kapisiti enjin 4.0 liter V8 biturbo dengan 577 kuasa kuda ini gagah memanjat gunung . Ruang dalamannya luas , kemas dan selesa . Perjalanan lancar sahaja . Sampai di satu tempat , Ayah nampak ada satu pokok besar. Tidak jauh dari pokok itu ada sebuah mesjid . Ada dua orang lelaki tua berdiri ...