Kisah Rawatan Lalu


Seorang ibu @ pelanggan Muscare House bercerita kisah hidupnya...

“Saya berasal dari satu keluarga China tetapi sejak kecil telah diserahkan di bawah jagaan satu keluarga Melayu.

Saya dibesarkan dalam cara hidup Melayu dan memeluk agama Islam. Berkahwin pada usia muda .Mendapat seorang anak lelaki. Saya kematian suami semasa umur 30an.

Bila kematian suami, saya berhijrah ke KL mencari rezeki dan anak ditinggalkan di kampung dibawah jagaan ibubapa angkat. Sejak saya di KL, anak lelaki mula tidak sukakan saya.

Dia tidak mahu bercakap dengan saya. Saya masih kerap balik menjenguk dia dan selalu bertanya khabar. Saya hidup sendirian di KL. Saya membuat berbagai pekerjaan untuk mencari rezeki. Antaranya mencuci rumah orang, bekerja di kedai makan, bekerja di kedai runcit, menjadi pengasuh dan menjual produk.

Hidup sungguh perit, dengan pekerjaan yang tidak tetap dan ditambah kebencian oleh anak sendiri.

Saya merasa tertekan, sedih, kecewa dan marah dengan kehidupan. Saya seperti sudah berputus asa. Saya kerap menangis merindui anak. Malam sentiasa dilalui dengan kesedihan dan kekecewaan.

Waktu itu anak sudah berumur 22 tahun, sudah bekerja tetapi masih tidak mahu berjumpa atau bercakap dengan saya...

Seseorang yang saya kenali mengajak saya berikhtiar membuat rawatan aura dengan berjumpa Muscare House. Saya bersetuju.

Sebulan selepas rawatan, berguguran air mata saya. Anak saya menelefon dan memberitahu hasrat untuk datang ke KL berjumpa saya. Anak kata dia rindu Ibu ....

Sekian lama tertumpah air mata sedih , hari itu berlinangan air mata gembira. Alhamdulillah.”

Muscare House : “Segalanya adalah atas Kehendak dan Keizinan ALLAH . Namun ikhtiar dan doa hendaklah berterusan...”

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KISAH BENAR….KISAH ZAM DAN 7 JIN PENDAMPING

Cerita Bau Busuk Dapur Dan Perut