Angin Dalam Badan
"Jika kita tidak meluangkan masa mencegahnya, kita akan dipaksa meluangkan masa untuk merawatnya"
#ourhealthisourbusiness
Inilah cerita pendek Al-Kisah ANGIN DALAM BADAN ...
Minggu lalu , seorang rakan bertanya “Macam mana angin boleh ada dalam badan?”.
Dia bertanya soalan itu setelah diterangkan punca tengkuknya rasa tegang, bahu dan belikat tidak selesa, rasa kebas dan menyucuk pada jari, perut sebu dan kepala kerap sakit adalah berpunca dari banyak angin dalam badan. Begitu juga emosinya yang cepat marah .
Masa itu dia datang berjumpa saya di pusat rawatan mengadukan keadaan dirinya.
Sebelum saya menjawap soalannya, saya hulurkan segelas Jamu Muscare kepada dia. “ Minum dulu, baca Bismillah dan selawat. Minum perlahan-lahan” kata saya.
Dia yang berusia 30an tidak terus minum. Sebaliknya, dia seolah menunggu jawapan saya kepada soalannya tadi.
“Cuba Abang ceritakan secara 'sains'nya tentang angin dalam badan ni. Saya sudah lama mencari jawapannya” tanya dia lagi. Gelas jamu masih belum dipegang. Dia merenung tepat wajah saya.
Saya diam sebentar. Proses 'diam sebentar' dapat membantu dalam meningkatkan daya fokus dan ‘level of consciousness’ kita. Dalam kata lain, biar fikiran jadi waras dahulu sebelum kita bercakap. Bila diam, otak juga mendapat cukup masa untuk memproses maklumat yang tersimpan di dalam memori.
Selepas membaca Bismillah di dalam hati, saya merenung wajahnya dan berkata“Beginilah, bukan semua perkara boleh di'sains'kan. Ada perkaranya, hanya boleh dicerita dari pengalaman.”
“Dari pengalaman saya, punca angin dalam badan ini ada 2. Satu disebabkan masalah penghadaman. Yang kedua ialah fikiran yang negatif yang menghasilkan emosi yang tidak sihat”
Saya hendak menyambung tetapi dia memintas “Angin kerana salah makan atau Abang kata kerana masalah penghadaman sudah biasa saya dengar. Tetapi angin kerana masalah fikiran negatif dan masalah emosi ini macam mana?“ Nada suara dan cara dia bercakap seperti dia marahkan saya.
“Teman tak habis kabo lagi , mike dah cantas. Dengor sampai abis dulu“ jawap saya dalam suara tinggi.
Dia tersengeh selepas kena sergah.
“Ok... ok..., saya akan dengar dulu” jawap dia. Suara dia pun sudah perlahan. “Saya jadi cepat marah sekarang Abang!”
“Tengok, bila teman sergah mike , teman udah ilang idea nak cakap. Tadi tenang, tersusun je idea. Bior teman cium aroma dulu“ sambung saya. Sengaja saya masukkan unsur aroma supaya dia melihat perbuatan saya dan nanti saya akan terangkan bahawa wangian sangat berkesan dan cepat untuk memberi ‘calming effects’.
Saya pun memulakan semula cerita angin dalam badan.
“Bagaimana ombak terjadi?“ sambung saya dalam bentuk soalan untuk menarik perhatiannya.
“Suhu dan haba serta gerakan putaran bumi menyebabkan atom-atom di atmosfera bergetar. Atom-atom ini pulak berlanggar antara satu sama lain akibat dari getaran tadi. Pelanggaran atom-atom ini menghasilkan tenaga. Tenaga ini bertukar menjadi kinetik dalam bentuk angin. Dan angin ini bergerak ke atas permukaan air lalu menghasilkan gelombang. Dan gelombang ini pulak menjadi semakin besar lalu membentuk ombak”
Saya berhenti sebentar bercakap. Saya lihat wajah dia. Nampak dahinya berkerut.
“Dalam Sains, ada pelbagai jenis tenaga. Benda yang tidak bergerak pun tetap ada tenaga iaitu tenaga potensi. Setiap ‘action’ akan menghasilkan tenaga. Perbuatan kita menghasilkan tenaga. Kata-kata kita menghasilkan tenaga. Aktiviti fikiran kita juga menghasilkan tenaga”
“Tenaga yang terhasil dari aktiviti diri kita ada dua jenis, positif dan negatif. Tenaga yang positif memberi kesegaran kepada tubuh dan mental. Tenaga yang negatif menjejaskan kesihatan tubuh dan mental”
Saya menjeling dia. Nampak dia gelisah seperti hendak bercakap sesuatu.
Saya bersuara “Mike nak cakap apa-apa ke?”
Dia seperti terkejut. Selepas itu dia berkata “Macam mana angin dalam badan terhasil? Sebab tenaga negatif ke?“
“Ooo... teman cerita dulu perkara asas tentang tenaga. Mike juga nak cerita sains tadi. Jika nak mudah, teman boleh cerita cara mudah” jawap saya.
“Tak apa, saya dengar dulu. Abang ceritalah macam mana pun...” jawap dia pulak.
Saya pun sambung “Dalam Sains, segalanya bermula dengan sebiji atom. Dalam diri kita, segalanya bermula dengan apa yang bermain di fikiran. Jika apa yang bermain itu bersifat negatif, berlakulah getaran tindak balas yang menghasilkan tenaga negatif. Di mana tenaga negatif ini mengganggu meridian kesihatan dan sistem tubuh. Tenaga negatif ini mengganggu sistem saraf dan penghadaman. Tenaga negatif ini mempengaruhi emosi kita. Gangguan inilah yang menjadi punca masalah kesihatan. Tindakbalas gangguan inilah yang menghasilkan angin. Kata orang tua, inilah angin jahat. Angin baik duduk dalam tayar, bola, pelampung dan sebagainya. Angin duduk dalam badan ialah angin jahat! Ke mana sahaja angin ini pergi, ia jadi punca sakit. Ia pulak bergerak dalam badan mengikut aliran darah. Ia pergi ke kepala, sakit kepala. Ia duduk di perut, sakit perut. Ia pergi ke sendi, sakit sendi. Puncanya satu sahaja, angin. Sakitnya beribu“
Dia nampak menganggukkan kepalanya, mungkin sudah faham punca angin dalam badan. Seperti cerita ombak tadi. Dari getaran sebiji atom yang tidak kelihatan, terhasil ombak yang zahir di depan mata.
Nampak macam dia hendak bersuara tetapi saya terus menyambung “Lagi lama angin dalam badan, lagi bertambah masalah kesihatan. Bila sakit, fikiran jadi bercelaru, lagi banyak tenaga negatif, lagi banyak angin dalam badan. Tanda angin sudah terlalu banyak, kita rasa sebu perut. Pernafasan jadi semput. Bila makan, rasa hendak termuntah. Tengkuk akan rasa tegang. Belikat dan bahu rasa tidak selesa. Banyak lagi kesannya”
Saya diam sebentar. Melihat saya diam, dia bersuara “Jadi saya ini banyak angin dalam badan ya?”
“Kan teman dah kabo tadi lagi” jawap saya .
Saya sambung lagi “Setiap perbuatan kita walau sebesar sawi pun akan dipertanggungjawabkan. Jadi, kita tidak akan terlepas dari kesan perbuatan kita sendiri”
“Sebagai contoh, jika di fikiran kita ada perkara yang kita tidak berpuas hati. Akibatnya, kita beremosi, menjadi marah. Dalam keadaan marah ini, akan berlaku gangguan kepada sistem tubuh, tekanan darah naik, pernafasan jadi laju, otot mengeras, saraf mengembang. Jika marah ini kerap atau berpanjangan, maka banyak kerosakan yang berlaku. Angin kesan marah akan duduk lama dalam badan. Otot boleh jadi ‘crammed ‘ Kepala sakit. Jantung boleh jadi lemah. Macam-macam lagi ...”
Saya lihat dia bermenung seperti memikirkan kebenaran kata-kata saya tadi. Saya pun diam sebentar, juga merenung sesuatu. Saya teringat kata-kata Guru, mudah menasihati orang lain berbanding menasihati diri sendiri!
“Abang, apa caranya hendak buang angin dalam badan? Dan yang pentingnya, apa caranya hendak mencegah angin dalam badan?” Dia bertanya kepada saya.
Saya menjawap “Banyak caranya. Jika kita berkehendak, dengan niat yang baik, DIA Yang Maha Pengasih tentu akan membantu. Datanglah ke kelas saya nanti. Saya akan ajar dan tunjuk caranya. Kita kena kenal dahulu diri kita. Kita kena tahu bahawa badan adalah rumah kepada diri kita. Kita kena tahu akal fikiran (mental) adalah “tools” kita. Menjaga rumah adalah tugas yang diamanahkan kepada kita. Mengendalikan mental adalah penting supaya kehidupan ini dapat dinikmati.“
“Kita juga kena tahu mengusir"
“Saya nak datang kelas Abang nanti. InsyaALLAH. Abang jangan lupa beritahu saya ya...” balas dia.
Dia sambung lagi “Boleh ke Abang rawat saya hari ini .Keluorkan angin jahat ni. Tak selesa benor badan...”
“ Boleh” jawap saya. “Kita guna kaedah Thobiyyah & Illahiyyah”
Saya pun mengajarkan dia teknik mengosongkan fikiran. Ianya kena bermula dengan ‘delete the source‘ - hentikan ‘punca’ angin jahat - iaitu aktiviti negatif di fikiran @ mental.
Saya gunakan wangian Muscare Aroma sebagai ‘catalysts’ untuk mencepatkan proses pengosongan fikiran. Wangian itu sunnah, banyak kesan keistimewaannya.
Saya ajarkan jabat pula. Sentuh di ‘point’ tempat tertentu pada badan untuk pulihkan sistem dalaman. Macam tekan suis dan lampu pun menyala. Jadi jabat ‘point’ pernafasan dahulu. Pernafasan kena lancar kerana oksigen adalah keperluan sel-sel dalam badan. Jika tidak cukup oksigen, sel dan sistem badan tidak berfungsi sepenuhnya. Macam kereta yang tidak cukup minyak jalan tersenguk-senguk.
Saya suruh dia minum Jamu Muscare. Angin yang telah berada di dalam badan perlu dibuang. Ibarat jika sampah tidak dibuang, bau busuknya akan tetap mengganggu. Saya ajar dia tertib minum ubat. Kena bayangkan ubat ialah sebagai tetamu yang kita jemput untuk menyelesaikan masalah kita. Jadi perlulah kita menjalinkan hubungan mesra dengan ubat.
Saya ceritakan pula tentang mandian. Tubuh kita 75 % adalah air. Mandian juga berkesan untuk memulihkan kesihatan kita. Cuma kita perlu tahu cara dan tertib mandian. Supaya tenaga segar dari air dapat dipindahkan ke tubuh kita.
Kedengaran dia bersendawa banyak kali, tanda angin keluar .
“ Eh, ringan rasa badan saya. Ajaib pula. Betullah kata Abang. Bila fikiran tenang, pernafasan lancar, kita akan rasa segar” tiba-tiba dia bersuara.
Saya mengganggukkan kepala dan merasa syukur dengan perubahan positif yang dia rasai.
Saya menengok kepada jam, sudah pukul 11.45 malam. Saya berkata kepada dia “Mike pun dah rasa segor sikit. Teman ada satu temujanji lagi“
“Sebagai penutup cerita kita pada malam ini... Kita kena ingat semula bahawa manusia adalah ciptaan ALLAH yang paling sempurna. Badan kita sebenarnya mampu merawat diri sendiri - ‘self healing’. Cuma kita kena tahu bagaimana proses ‘self healing’ ini boleh berlaku“
Saya tekankan lagi kepada dia bahawa ‘prevention is better than cure‘ untuk masalah angin dalam badan. Bila sudah ‘berangin’, akan timbul banyak masalah baru pulak. Dan juga emosi akan mudah terdorong untuk ‘naik angin’ iaitu marah. Bila sudah marah, seluruh alam semesta akan menjauhi kita.
“Ada masa nanti, teman ceritakan tentang tubuh kita. Macam-macam ada di dalamnya. Cuba bayangkan, saraf sepanjang 97,000 km berada dalam tubuh kita. Ada pelbagai jenis tulang. Ada pelbagai jenis organ. Ada pelbagai jenis bahan kimia. Dan bagaimana ‘cognitive performance’ yang dikawal oleh otak. Memang nyata tanda-tanda KebesaranNYA hanya dengan melihat fungsi tubuh kita”
“Baiklah Abang, terima kasih banyak membantu saya. Ada satu soalan sahaja lagi... boleh ke saya bertanya?” .
“Boleh ...” jawap saya .
“Sihir atau saka boleh menyebabkan masalah angin dalam badan juga ke?”
Selesai dia bertanya, terdengar bunyi kuat seperti benda jatuh di dapur. Dan angin pulak bertiup masuk dari pintu depan. Jam sudah detik 12 malam...
Ulasan
Catat Ulasan