Anak Syurga




Anak Syurga Kami (ASK) berumur 12 tahun dan telah dikesan dengan masalah Global Development Delay. Rania Areesya (Areesya) mempunyai minda kanak-kanak berumur 4-5 tahun. Dan saiz badannya sebesar kanak-kanak berumur 6 tahun dan Areesya tidak bercakap (non-verbal).


Areesya suka bermain, sesuai dengan umurnya begitu. Kami amat fobia apabila mendengar bunyi air. Shampoo dan sabun akan habis digunakan untuk mendapat buih yang banyak. Nasib kurang baik, dengarlah keluhan abang & kakak tentang facial cream/scrub telah habis digunakan Areesya untuk mandi.


Satu lagi kegemaran Areesya adalah menconteng. Bukan sekali abang, kakak & adik dia mengadu pada kami tentang buku sekolah diconteng. Pendek kata, apa yang ada dihadapan mata akan diconteng. Dinding rumah pun sudah penuh dengan lukisan Areesya. Dokumen perjalanan abang pun pernah dicontengnya (hanya diketahui apabila pihak immigration negara sahabat menunjukkan contengan tersebut). Nasib baik Areesya hanya menggunakan pensil.


Yang terbaru, kerusi kereta kami yg baru 6 bulan pun menjadi canvasnya.


Areesya sukan makan roti dan coklat. Masalah yang paling ketara adalah perilakunya menjadi Hyper Active selepas makan roti dan coklat. Pakaian dan barang-barang yang disusun rapi habis disepahnya. Sesiapa sahaja yang elok baring, duduk atau memasak akan dipukul menggunakan tangannya yg kecil itu. Sakit dan pedih di buatnya.


Bila anak syurga kami mengalami Hyper Active, kami akan peluk beberapa saat untuk menenangkan dirinya. Kami selalunya membawa Areeya ke bilik tidur dan sapu Muscare AROMA di hidungnya. Selepas menggunakan Muscare Aroma, akan nampak perubahan seperti berikut:

1. Otot menjadi Relaks dan Kendur
2. Areesya bertambah Tenang.

Kemudian, tangan dan kaki akan diurut dan diusap dengan menggunakan Muscare Aroma. Kelihatan Anak Syurga Kami, Areesya bertambah relaks dan nampak seperti mengantuk. Tidak lama kemudian, Areesya akan tidur dengan nyenyak.


Namun kesan ini bukannya jadi selalu. Dalam 10 kejadian, 4 kali Areesya tidak akan respon seperti yang di harapkan. Bila ini terjadi, kami pula yang akan menggunakan Muscare AROMA dengan mencium harumannya. Just to keep ourselves focus and relax. Penjaga Anak Syurga juga manusia biasa, ada amarah dan berkeluh kesah, letih dan hampir berputus asa.

Bau haruman Muscare AROMA membantu ASK utk relaks and sentiasa dalam keadaan tenang apabila Hyper Active. For us, it helps us to keep our sanity intact.

Muscare AROMA juga banyak membantu kami sekeluarga. Kandungan 44 jenis herba membantu kami untuk:

· First Aid bagi luka kecil, kulit terbakar, ruam, sunburn
· menyembuhkan buasir & anal fissure
· melebutkan kulit, tapak kaki & tapak tangan.
· masalah asthma, batuk batuk
· kurang tidur
· ganguan aura negatif
· dan banyak lagi

Bagaimana kami 'cope' dengan ASK?

KEEP POSITIVE...There is always a good side to everything...Just look harder


Contengan ASK tidak akan memenangi mana-mana peraduan lukisan. Tapi ianya adalah 'idea' Areesya yg ikhlas dan original. Saya pasti setiap lakaran ada cerita disebaliknya. Hanya kami yang gagal untuk memahaminya. Kini anak-anak tidak stress seperti dahulu melihat contengan Areesya di dinding.

Lets be positive! Contengan tersebut menunjukkan ASK masih bersama kami.

Accept them as a whole, the good and the not so good.


Areesya akan makan banyak apabila berkenan dengan makanan tersebut. Kami tak halangnya makan, tetapi kami hadkan makanannya. Terutamanya makanan yang akan menyebabkan Areesya menjadi Hyper Active.

She is not toilet trained. Doa kami setiap selepas solat adalah supaya dia pandai menjaga kebersihan diri sendiri. Kami tak doa dia pandai bercakap atau pun fikiran dia berkembang seperti kanak kanak seusianya. Bersyukur sangat kalau Areesya boleh menjaga personal hygiene sendiri.


Bolehlah dia main di dalam kolam dengan kawan-kawan lain. Bolehlah dia ikuti pool aktiviti yg dikendalikan oleh Pusat Ehsan.


Kemalangan pernah berlaku ketika Areesya bermain bouncer plus kolam. Kami suami isteri membersihkan kolam tersebut sambil mendengar ucapan pedih daripada ibu bapa yg kurang faham keadaan ASK. In the end, kami semua akan balik awal kerana tidak ingin menggangu acara orang lain.

Kini, bila ada aktiviti bouncer and kolam dalam acara tersebut, kami memang tidak akan hadir. Biarlah orang mengata, mereka yang tiada ada 'contact' dengan anak syurga tidak akan faham situasi kami.

Realiti Hidup Dengan Anak Syurga

Kesabaran adalah satu kemestian apabila ALLAH kurniakan anak syurga ini. Sifat SABAR adalah satu aset yg premium.



Bukan hanya utk ibubapa, tetapi orang yg berada disekelilingnya, seperti adik beradik dan sepupu. Kebanyakan kelakuan adalah berlawanan dengan sifat kanak-kanak yang normal.

Belajarlah senyum dengan kelakuannya. Kerana itu adalah Ujian bagi diri kita. Ujian yg berpanjangan.


Latihlah diri dan anak-anak lain supaya mengucapkan kalimat ALLAH apabila marah. Kita yang akan dapat pahala dan secara tidak lansung kita mengingati ALLAH!

Yg penting sekali bagi kami suami & isteri adalah untuk bersikap adil pada anak-anak yang lain. Kami pastikan mereka mendapat kasih sayang sepenuhnya daripada kami. Tetapi, kami juga harus memberi tanggung jawap menjaga adik/kakak mereka yang istimewa ini. Seperti ibu bapa lain, kami amat risau apabila kami sudah tidak bertenaga atau tiada lagi di dunia… Siapa yang akan menjaga ASK kami….



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

KISAH BENAR….KISAH ZAM DAN 7 JIN PENDAMPING

Cerita Bau Busuk Dapur Dan Perut