KISAH BENAR….KISAH ZAM DAN 7 JIN PENDAMPING
Aku telah menyaksikan dan malah telah menjadi salah satu watak dalam KISAH BENAR ini; dan aku menulis cerita ini setelah mendapat keizinan watak utamanya....
Panggilan telefon diterima sejam sebelum waktu Maghrib, ketika aku sedang minum petang di Restoran Persanjung Bercham, daripada seorang lelaki umur 30an hendak berjumpa aku di pusat rawatan. Katanya dia ada masalah gangguan makhluk halus.
Aku terdiam, ini nampaknya akan menjadi kes gangguan pertama untuk aku uruskan sebagai tabib Thobiyyah & Illahiyyah . Selalunya aku hanya membuat rawatan ke atas kes-kes patah atau masalah-masalah saraf sahaja. Kes-kes gangguan halus memerlukan ketenangan dalaman dan keyakinan yang tinggi. Entah mengapa , secara spontan pulak aku menyatakan persetujuan untuk merawat lelaki tersebut.
Aku sampai ke pusat rawatan ketika cuaca hampir gelap. Perkara pertama yang aku perasan, aku tercium bau busuk diluar pagar sebaik sahaja keluar dari kereta. Ini tanda kehadiran sesuatu, kataku di dalam hati. Aku cuba untuk tidak mengendahkannya . Aku tekan remote auto gate dan masuk ke dalam kawasan porch. Tetapi aku dapati bau busuk masih ada. Aku berdiri dan memandang sekeliling tetapi aku tidak nampak sebarang benda pelik.
Tiba-tiba aku teringat, bau busuk ini mungkin ada kaitan dengan kes rawatan nanti, lalu aku terus hampiri paip air di luar pagar. Aku buka paip dan memancutkan air melalui hos membersihkan lantai porch depan. Aku tahu makhluk-makhluk halus membawa haba panas,sebab asal kejadian mereka adalah dari api, jadi aku buat "air tuju" untuk sejukkan keadaan . Dan aku dapati bau busuk sudah hilang setelah keseluruhan ruang di porch di siram dengan air tuju.
Agaknya makhluk-makhluk tersebut sudah berundur. Tetapi mata aku terarah ke pokok besar depan pusat rawatan Muscare House yang tiba-tiba bergoyang seperti di goncang. Pokok-pokok berhampiran tidak pulak bergoyang. Aku lihat semula ke arah pokok itu, dan memang aku pasti ia bergoyang. Aku biarkan saja, biarkan dulu .Aku kena bertenang, jangan melatah dengan gangguan-gangguan seperti itu.
Guru aku sudah kerap berpesan, jangan sesekali ada perasaan takut apabila berhadapan dengan makhluk-makhluk halus kerana kita berlindung dengan ALLAH. Jika kita haqqulyakin dengan perlindungan ALLAH, dan selagi kita berESAkan hanya kepadaNYA, maka tidak ada apa yang perlu ditakuti.
Aku terus masuk ke rumah dengan fikiran yang mula disinggah kesangsian. Mampukah aku melaksanakan rawatan pada malam ini? Pelanggan atau pemanggil petang tadi sampai pada pukul 8.11 pm, beliau datang seorang saja. Beliau menekan loceng, dan aku menekan switch auto gate supaya dia boleh masuk. Terasa tiba-tiba meremang bulu roma di lengan dan pangkal tengkok aku, ketika aku melihat susuk tubuhnya yang berjalan lemah menuju pintu masuk Muscare House. Ini kes berat jugak fikirku. Ketika bersalaman, aku dapat merasakan tapak tangannya begitu sejuk, juga satu tanda yang tidak elok. Aku persilakan beliau duduk dan terus ke dapur mengambil air minuman botani untuk tetamu. Sementara itu aku memagar Muscare House dengan perintah Sulaiman supaya dengan izin ALLAH, tidak dapat dimasuki makhluk-makhluk halus yang jahat.
Beliau meneguk air botani di dalam gelas yang aku letakkan di depannya dengan perlahan-lahan, lagipun air masih panas; dan belum sepatah kata keluar dari mulutnya. Agak aku, mungkin dia sedang mengumpul idea untuk memulakan perbualan; ataupun sedang menikmati keenakan rasa air botani tadi. Aku rebus sendiri minuman botani ini yang merupakan adunan istimewa herba-herba yang berkhasiat tinggi bagi penjagaan kesihatan dalaman badan. Sudah ramai juga pelanggan yang telah membeli ramuan botani aku ini. Minuman herba pada hakikatnya adalah bagus, asalkan ramuannya dalam sukatan yang betul.
"Boleh nyatakan semula hajat adik berjumpa saya malam ni" kataku memulakan bicara.
Beliau menarik nafas panjang dan berkata dengan suara yang tersekat-sekat "Saya Zam, saya nak mintak bantuan abang buang benda-benda halus yang sentiasa mengikut saya".
"Berapa ekor tu?", tanyaku dalam nada bergurau tetapi bukanlah disengajakan.
"Tujuh." Jawapnya selamba.
Selepas mendengar jawapannya, aku bertukar menjadi serius. Aku scan badannya dengan kaedah illahiyah yang telah aku pelajari untuk mengesan kehadiran jin, memang benar ada 7 guk maknanya ada 7 ekor.
"Ok, kenapa Zam nak membuangnya?", sengaja aku bertanya soalan ini supaya dia menceritakan lebih lanjut kisah yang telah dilaluinya.
Aku terdengar bunyi seperti hujan turun, dan memang benar, nampak titisan-titisan dalam remang cahaya lampu jalan. Ini petanda baik kataku, tanah yang kontang bila dibasahi hujan akan menjadi subur.
Aku nampak Zam menjadi resah, kerap merenung keluar melalui pintu cermin.
"Kenapa Zam? Ada nampak sesuatu ke?"
"Sebenarnya saya boleh berbual dengan jin, dan sekarang ni mereka marah kepada saya kerana datang berjumpa abang" jawap Zam dalam suara takut.
Aku terdiam dan hanya merenung wajah Zam, nampak jelas raut cemasnya. Aku tahu ada orang yang boleh berhubung langsung dengan jin. Tetapi selalunya ia dibuat dalam majlis yang biasanya dipanggil upacara. Dalam hati aku berdoa memohon petunjukNYA. Aku sendiri mulai timbul resah, apatah ini kes yang pertama dan aku berseorangan pulak mengendalikannya. Timbul penyesalan tidak mencari pembantu tadi. Tetapi aku yakin guru aku yang telah aku maklumi tadi tentang kes ini pastinya telah berdoa agar kerja-kerja aku malam ini dipermudahkanNYA.
"Zam jangan takut, percaya kepada saya dan yakin dengan ALLAH" nasihatku dalam nada lembut,walaupun aku sendiri tengah memikirkan apa tindakan aku yang selanjutnya.
Sambil memandang keluar, Zam berkata "Saya dah tak tahu nak buat apa lagi bang, jin-jin ini telah datang mengganggu hidup saya sejak umur saya 21 tahun".
"Macam mana jin-jin ini mengganggu hidup Zam" tanyaku.
"Mereka ni asyik datang pada bila-bila masa dan hendak bersembang dengan saya terutama pada waktu malam, tiap-tiap malam saya diganggu hingga saya hendak tidur pun tidak boleh. Lepas itu mereka menyuruh pulak saya untuk membuat macam-macam perkara; suruh berzikir yang pelik-pelik; suruh cari barang-barang lama, dan macam-macam lagi bang. Selalunya pukul 5 pagi baru saya boleh tidur. Pukul 6 pagi, saya sudah kena bangun. Nak hantar isteri ke tempat kerja, hantar anak ke nursery lagi, lepas tu saya kena pergi ke tempat kerja pulak"
Aku terpandang ke lengan kanan Zam yang ditumbuhi butir-butir kecil yang banyak, setengahnya ada yang bernanah. Adakah itu tanda banyak bisa di dalam badannya?
Aku biarkan Zam minum air botani dulu. Biar dia tenang sikit dan hilang rasa cemasnya. Aku mulai memahami penderitaan yang Zam alami.
Sambung Zam, "Saya sudah tidak bertenaga bila sampai ke tempat kerja."
Aku menarik nafas panjang. Kesan gangguan ini amat besar dan perlu ditamatkan segera. Timbul kemarahan meluap dalam diri aku kepada jin-jin ini. Aku dapat membayangkan banyak masalah yang Zam hadapi akibat gangguan mereka. Pada fikiran aku, selain masalah kesihatan kerana tidak cukup tidur dan masalah-masalah ditempat kerja, mesti ada banyak kesan-kesan lain yang melibatkan isteri dan anaknya; yang memang kemudiannya turut diakui oleh Zam.
Aku tidak boleh bertangguh lagi. Hujan masih renyai di luar. Lampu ruang tengah tiba-tiba padam. Seekor kelip-kelip nampak terbang masuk melalui pintu depan yang sengaja tidak ditutup dari tadi. Wajah Zam menjadi pucat apabila ternampak kelip-kelip itu seperti terbang ke arahnya.
"Apa tu bang?"
Aku gumpalkan jurus tuju dan lontarkan ke arah kelip-kelip itu, dan kelip-kelip itu berpusing-pusing dan jatuh ke atas lantai.Aku tahu itu kelip-kelip biasa sebab ianya masih kelihatan di situ, jika melibatkan makhluk halus sudah pasti ia telah lenyap. Aku teringat kepada perintah Sulaiman yang telah aku buat sebagai pemagar tadi dan aku yakin ianya tidak ditembusi.
"Baiklah Zam, kita selesaikan malam ini juga masalah Zam dengan jin-jin itu"
"Mula-mula Zam kenalah niatkan bahawa urusan kita pada malam ini adalah kerana Allah sahaja. Kita kena bebaskan diri kita dari sebarang hubungan dengan makhluk halus, atau duduk di bawah pengaruh mereka."
Zam tiba-tiba menjawap," Jin tu sedang marahkan saya bang. Dia kata
Jangan percayakan abang. Jin tu kata mereka jin baik-baik!"
"Kalau baik kenapa Zam jadi macam ni..? Kenapa mereka mengganggu waktu tidur Zam?"
Zam terdiam. "Saya takut dan keliru bang, tolonglah bantu saya."
"Macam inilah Zam, mereka ini iblis; mereka sudah bersumpah untuk menyesatkan kita. Mereka musuh kita yang nyata. Cuba Zam tarik nafas ikut hidung dan hembus ikut mulut, buat berulang-ulang; Zam kena bertenang, jangan dengar cakap jin." Aku cuba memujuk Zam supaya jangan terpengaruh dengan bisikan jin-jin itu.
Arahan aku supaya Zam menarik dan menghembus nafas berulang kali nampaknya berjaya menenangkannya. Memang benar pun dari sudut biologi, bila lebih banyak oksigen disedut masuk maka otak akan menjadi lebih fokus.
Aku spray Muscare Aroma ke atas tapak tangan Zam dan menyuruh beliau menggosok perlahan-lahan kedua-dua tapak tangannya.
"Lepas tu nanti, Zam cium dan sedut bau wangi aroma tu! Biar wangi tu terus sampai ke otak. Saya nak ke dapur, ambik air minum sekejap"
Zam menganggukkan kepalanya tanda beliau faham apa yang perlu dibuat.
Selepas menuangkan air suam dari pitcher ke dalam 2 gelas, aku berjalan semula ke ruang depan. Aku jadi terkejut, pintu depan sudah tertutup dan Zam pula sedang tidur berdengkur dalam keadaan bersandar ke kerusi yang didudukinya. Berdegup laju jantung aku; nampaknya aku pulak yang perlu menarik dan menghembus nafas; otakku memerlukan lebih banyak oksigen supaya dapat fokus kepada kerja ini. Soal pintu depan yang tertutup dan lampu tengah yang tiba-tiba padam tadi tidak boleh dicari jawapannya lagi. Aku mesti berikhtiar dahulu dengan segera supaya jin-jin itu tidak dapat berkomunikasi dengan Zam. Bila Zam tidak lagi boleh mendengar suara jin, sudah pasti Zam akan menjadi lebih tenang dan tugas aku menjadi mudah.
Aku duduk berhadapan dengan Zam, dengkurnya sudah berkurangan; begitu juga degupan jantung aku. Aku letak secubit garam ke dalam gelas air yang aku ambik tadi. Kemudian aku pegang pisau ala Rambo yang memang sentiasa aku letakkan di atas meja itu. Sudah lama aku beli pisau ini, 25 tahun yang lalu semasa aku masih belajar di Amerika Syarikat. Aku menarik pisau keluar dari sarungnya, dan meraba-raba bahagian matanya yang tajam; ketajamannya sentiasa aku jaga; aku membayangkannya sebagai pedang Syaidina Ali as yang ditakuti musuh. Malam ini pisau nostalgia ini akan aku gunakan.
Aku lapik meja dengan kertas putih saiz A4; yang akan aku gunakannya sebagai kandang untuk menikam jin. Jin-jin ini sudah melampau. Zam masih tidur lena dalam posisi yang sama. Aku membaca surah al Fatihah di dalam hati; dan aku teruskan dengan doa memohon bantuan dan perlindunganNYA. Semasa itu aku terdengar bunyi kuat seperti ada benda jatuh di atas bumbung. Aku kumpulkan kekuatan ketenangan diri, tindakan yang amat penting sekarang. Tumpuan aku tidak boleh terjejas.
Aku menggunakan panggilan salam secara batin supaya Zam sedar dari tidurnya. Aku tahu Zam telah terkena panahan tuba jin-jin itu; kesannya menyebakan dia akan merasa mengantuk yang amat sangat. Matanya terbuka perlahan-lahan dan tiba-tiba dia bangun seperti dalam ketakutan. Aku terpaku.
"Abang nak buat apa dengan pisau itu" jerit Zam.
Baru aku sedar, tangan kanan aku sedang memegang pisau dalam keadaan seperti sedang bersedia untuk menikam sesuatu.
"Oh, maaf Zam. Tak ada apa, jangan takut. Saya nak tikam jin dengan pisau ni." Aku menjawap pantas. Aku letakkan semula pisau.
Zam duduk semula, wajah cemasnya beransur pulih. Aku rasa lucu pulak, agaknya Zam menganggap aku hendak menikam dia tadi.Aku senyum memandangnya, dan dia turut tersenyum sumbing.
Aku menyuruh Zam mendengar dan mengikut arahan aku.
" Ada dengar bisikan jin lagi tak?" Aku bertanya kepada Zam.
Zam mengangguk kepalanya dan berkata "Jin tu bertanya boleh ke abg nak menikamnya? Abg kuat ke nak berlawan dengan dia!"
Aku senyum, kerana aku telah meramalkan awal-awal lagi soalan-soalan seperti itu akan timbul. Jin-jin juga mempunyai daya siasah yang tinggi untuk menimbulkan keraguan kita. Mereka biasanya membuat provokasi supaya kita naik marah lalu kita akan hilang fokus. Aku menjadi lebih bersemangat, agaknya di atas berkat doa guru aku.
"InsyaALLAH." Aku menjawap ringkas; aku mengambil sikap berhati-hati supaya tidak mengikut rentak jin; ini bukan masa untuk berdebat; tetapi sudah sampai masanya untuk bertarung.
"Jin tu berbisik kepada saya, mereka nak berkawan dengan abang," balas Zam.
"Saya tidak mahu berbincang atau melayan mereka," jawapku dalam nada tegas. "Tidak ada faedahnya."
Aku menyuruh Zam menarik dan menghembus nafas semula. Aku menyuruh Zam membaca zikir di dalam hati.
"Zam cuba kosongkan fikiran."
"Tetapi jin itu sedang mengejek abg, macam-macam dikatanya. Saya rasa sakit kepala dan bahu saya lenguh macam memikul benda berat."
"Tak apa, sekejap lagi kita tengok apa yang terjadi. Zam baca Fatihah dan minum air dalam gelas tu."
Aku terus mengambil pisau semula dan memegangnya kemas-kemas dengan tangan kanan. Aku hulurkan tangan kiri ke arah pintu; di mana di situ ada lubang kecil untuk angin masuk.
Elok sahaja selesai Zam meminum air tadi, aku membuat satu gerakan pantas; tangan kiri aku menyambar sesuatu dan meletakkannya atas kertas putih; lalu dengan lajunya aku menggerakkan tangan kanan yang masih memegang pisau dan menikam kertas putih tadi.Serentak dengan itu, aku lafazkan ruqyah sumpahan kepada jin. Gelombang yang panas dapat terus aku rasakan menyentuhi kulit muka aku. Lalu aku titiskan Muscare Aroma ke tempat yang aku tikam tadi. Aku biarkan pisau terus terpacak di situ.
"Ada lagi Zam dengar suara bisikan jin?"
Zam seperti dalam kekagetan, matanya merenung tepat ke arah wajah aku; dan mulutnya seperti hendak bersuara tetapi tidak keluar. Aku teruskan bacaan ruqyah dalam hati. Ya ALLAH, kepada Engkaulah kami memohon bantuan.
Zam tiba-tiba bersuara "Rasa sakit kepala saya dah hilang. Bahu saya rasa ringan. Dan saya tak dengar apa-apa bisikan lagi."
"Alhamdulillah. Mudah lah sikit kerja kita sekarang."
Aku melihat Zam duduk bersandar seperti berehat setelah kepenatan membuat sesuatu kerja yang berat. Aku juga rasa lega.
"Jin tadi sudah kena tikam ke abang? Saya sudah tidak mendengar suaranya."
"Itu biarlah kita bercerita kemudian. Sekarang ni saya nak mandikan Zam dulu. Kapal sedang terbakar, elok kita padamkan api dahulu; kalau tidak tenggelam kita."
Seterusnya aku menerangkan tentang tertib dan kaedah mandian yang akan aku lakukan nanti. Aku juga menerangkan bahawa penawar segala penyakit ialah Rahmat ALLAH. Zam mendengar dengan teliti setiap kata-kata aku.
Aku sudah bersedia memandikan Zam. Dia telah duduk di kerusi khas dalam bilik air. Aku menyuruh dia mengosongkan fikirannya dan berzikir. Aku mulakan bacaan doa. Dan aku mulakan dengan jirusan yang pertama ke atas kepalanya. Zam seperti hendak melompat dan nafasnya seperti orang yang dalam kelemasan yang teruk. Pada ketika itu, ibu jari kaki kanan aku berasa seperti ditusuk jarum 7 kali. Dan aku perhatikan kesan tusukan pada ibu jari kanan itu masih ada hingga sekarang.
Aku jiruskan lagi, Zam terus bernafas tercunggap-cunggap. Hinggalah ke jirusan yang terakhir, Zam masih nampak lemas sedangkan bukan banyak air yang dijurus. Aku ambik lagi secebuk air; aku buat pengisian untuk menjadi sebagai air tuju; tujuannya untuk menyejukkan badan dan jiwa Zam. Aku jiruskannya perlahan-lahan ke atas kepala Zam sambil berdoa agar memperolehi rahmatNYA. Tidak ada reaksi yang aku nampak pada Zam; tetapi selepas sahaja tamat bacaan doaku dan jirusan juga telah selesai, Zam tiba-tiba menangis teresak-esak. Aku diam dan memandang dia dengan rasa kasihan.
Tangisannya seolah-olah seperti tangisan seorang bayi yang baru lahir .
"Nanti Zam salin pakaian dan jumpa saya di depan," kataku.
Aku memanjatkan kesyukuran kepadaNYA kerana keadaan masih terkawal dan berjalan lancar sehingga sekarang. "Kita tidak mampu berbuat apa-apa melainkan hanya di atas bantuan dan kekuatanNYA," pesan guruku petang tadi.
Zam datang ke depan selepas 10 minit kemudian. Aku hamparkan sejadah dan kami duduk bersila berhadapan sehingga lutut kami berlaga. Suasana terasa hening dan senyap sunyi; bunyi hujan turun pun sudah tidak lagi kedengaran. Jam dinding menunjukkam waktu itu 11.08 malam.
Aku bersedia untuk melakukan jabat pemutus supaya Zam bebas sepenuhnya dari pengaruh 7 jin pendamping yang telah bertahun-tahun mengganggu kehidupannya.Inilah saatnya 'mind & soul' diri benar-benar perlu bergabung menjadi satu.
Aku bersalam dengan Zam dan memegang tangannya dengan kemas. "Tenangkan fikiran kamu, jangan ingat apa-apa. Sebut nama ALLAH berulangkali dalam hati jika kamu rasa tidak tenang," arahku.
"Kamu berighstifar sekarang, mohon ampun kepada ALLAH ke atas salah silap kita."
"Sekarang kamu bersyahadah, lafaz di mulut dengan jelas dan jangan ada keraguan di hati. Jiwa dan akal kamu kena bersatu, kerana ini persaksian kamu terus dengan ALLAH."
Zam mengucapkan kalimah syahadah dengan jelas dan sebutannya ada kemerduan yang tidak terucap dengan kata-kata. Selepas ucapan syahadah, aku terus membuat jabat pemutus dengan pantas sebanyak 7 kali. Aku dapat rasakan angin panas menuju ke wajahku sebanyak 7 kali.
Zam nampak tersentak dengan tindakan aku tadi. Dia memegang kepalanya seperti hendak memeriksa sesuatu.
"Kenapa?"
" Saya rasa kepala saya benar-benar ringan, saya rasa kosong. Dan saya rasa macam sayu!"
"Alhamdulillah, itulah permulaan yang baik untuk memulakan kehidupan yang baru." Aku tahu Zam telah bebas sepenuhnya dari kawalan 7 jin pendamping tersebut. "Baiklah, Zam rehat dulu, saya nak rebus ramuan silam bari untuk Zam"
Aku bangun dan menuju ke dapur. Aku terasa kepenatan telah mula menyerang aku. Aku minum segelas air untuk menghilangkan kehausan. Aku sediakan ramuan silam bari dan merebusnya. Aku bukakan tingkat dapur supaya tidak perlu menghidupkan air ventilation. Sebaik tingkat dibuka, aku terasa meremang bulu tengkuk. "Apa pulak lagi ni," getusku. Aku gerakkan jurus tuju, baru aku hendak tujukan, rasa remang terus hilang. Aku hentikan jurus, aku telah dipesan supaya gunakannya bila perlu sahaja. Aku balik semula ke ruang depan. Zam telah duduk di kerusi, dan nampaknya dia telah melipat sejadah yang kami gunakan tadi. Wajahnya nampak tenang dan segar; tidaklah pucat dan muram seperti mula-mula datang tadi.
"Zam minum ramuan silam bari ini."
"Ramuan ini untuk apa bang?"
"Daun silam bari ini ada kisahnya. Menurut cerita, daun ini telah memberitahu Nabi Allah Sulaiman bahawa ia boleh menyembuhkan semua penyakit," jawapku. Aku akui kebenarannya kerana ramuan silam bari ini berfungsi membersihkan perut; dan perut pula adalah gudang penyakit.
"Yang itu apa pulak abang?" Tanya Zam, sambil menunjuk ke arah botol Muscare Azalea.
Macam dia tahu-tahu pulak yang aku memang hendak memberi dia gunakan Azalea ini. Aku spraykan Azalea ke atas tapak tangan Zam dan menyuruh dia menyapunya ke muka sama seperti perbuatan membasuh muka ketika mengambil wuduk. Aku juga memintanya menyedut bauan Azalea dan menggosok perlahan-lahan batang hidung untuk melancarkan pernafasan.
"Apa yang Zam rasa selepas guna Azalea?"
"Saya rasa sejuk nyaman di muka, pernafasan lancar dan rasa air liur keluar makin banyak."
"Baguslah. Zam habiskan minum air silam bari tu!"
"Abang dah lama ke buat rawatan? Apa kaedah yang abang gunakan? Saya rasa macam pernah jumpa abang je! Abang dulu pernah kerja lain ke?".
Aku menyedut bauan Smart Aroma, ianya berkesan untuk mewujudkan suasana 'relaxing mind' dan meningkatkan daya tumpuan serta ingatan. Zam sudah menampakkan dirinya yang sebenar; ceria dan talkative!
Aku pun memberitahu Zam bahawa:
• Dia adalah orang pertama yang menhadapi masalah gangguan makhluk halus yang telah aku rawat.(Aku perasan dia macam tercenggang, seolah tidak percaya)
• Kaedah yang digunakan ialah kaedah Thobiyyah(ramuan) dan Illahiyyah(doa).
• Ramuan termasuklah herba, urutan, jurus, jabat, aroma dan mandian.
• Illahiyyah ialah berdoa kerana "Sesungguhnya penawar itu ialah Rahmat ALLAH". Hanya kepada ALLAH tumpuan segala harapan.
• Segala penyakit ibarat api; air dapat padamkan api; dan mandian tuju yang aku warisi rahsianya memang menjadi method paling berkesan untuk pemulihan segera.
• Makhluk halus tidak sukakan wangian, jadi aku gunakan pelbagai aroma bunga-bungaan yang rahsia fungsinya aku ketahui. Renungkan bahawa "Rasulullah saw sukakan 3 perkara: harum-haruman, isteri solehah dan solat". Jadi mengapa Rasulullah saw sukakan haruman?
• Muscare Aroma adalah produk pertama yang aku keluarkan, keistimewaannya bagai dikata! Penyembuh duka, penenang jiwa.
• Muscare Azalea untuk keserian dan kecantikkan wajah; juga menjadi penampan kepada gelombang yang tidak elok.
• Smart Aroma untuk 'mind relaxing', daya tumpuan dan ingatan.
• Ramuan Silam Bari pencuci segala kekotoran dalam badan; kotoran yang zahir dan kotoran yang tidak nampak.
• Minuman Botani untuk 'maintenance' tubuh badan.
Kisah benar "Zam dan 7 Jin Pendamping" ini banyak membongkar rahsia untuk aku mendalami ilmu rawatan. Aku wujudkan www.aura1377.com dan www.muscarehouse.com untuk rujukan mereka yang memerlukan maklumat lanjut tentang gangguan makhluk halus. Hidup perlu dinikmati, maka 'Body, Mind & Soul' perlulah sihat dan sejahtera.
Penutup cerita, Zam sendiri telah berhenti kerja sebagai mekanik kenderaan (3 bulan selepas mendapat rawatan aku) dan kini sebagai mekanik saraf di Muscare House sepenuh masa. Banyak kejadian pelik telah kami saksikan bersama terutama semasa membuat rawatan di Sabah. Zam mengakui 'peace of mind' yang beliau dapat sekarang setelah bebas dari gangguan jin adalah sesuatu yang beliau dambakan selama ini dan tidak ternilai dengan harta wang ringgit. Boleh jumpai beliau di Muscare House untuk pengesahan cerita.
"Ya ALLAH Ya Tuhan kami, berikanlah kami petunjuk ke jalan yang lurus sepertimana yang telah Engkau berikan kepada orang -orang terdahulu yang telah Engkau redhai. Ya ALLAH, berikanlah kami Rahmat dan BerkatMU"
TABIB ROSDI
0111 9591377 ( Whatsapp)

Ulasan
Catat Ulasan