Catatan

Tunjukkan catatan dari November, 2019

Angin Dalam Badan

Imej
"Jika kita tidak meluangkan masa mencegahnya, kita akan dipaksa meluangkan masa untuk merawatnya" #ourhealthisourbusiness Inilah cerita pendek Al-Kisah ANGIN DALAM BADAN ... Minggu lalu , seorang rakan bertanya “Macam mana angin boleh ada dalam badan?”. Dia bertanya soalan itu setelah diterangkan punca tengkuknya rasa tegang, bahu dan belikat tidak selesa, rasa kebas dan menyucuk pada jari, perut sebu dan kepala kerap sakit adalah berpunca dari banyak angin dalam badan. Begitu juga emosinya yang cepat marah . Masa itu dia datang berjumpa saya di pusat rawatan mengadukan keadaan dirinya. Sebelum saya menjawap soalannya, saya hulurkan segelas Jamu Muscare kepada dia. “ Minum dulu, baca Bismillah dan selawat. Minum perlahan-lahan” kata saya. Dia yang berusia 30an tidak terus minum. Sebaliknya, dia seolah menunggu jawapan saya kepada soalannya tadi. “Cuba Abang ceritakan secara 'sains'nya tentang angin dalam badan ni. Saya sudah lama mencari jawapannya”...

Kisah Rawatan Lalu

Imej
Seorang ibu @ pelanggan Muscare House bercerita kisah hidupnya... “Saya berasal dari satu keluarga China tetapi sejak kecil telah diserahkan di bawah jagaan satu keluarga Melayu. Saya dibesarkan dalam cara hidup Melayu dan memeluk agama Islam. Berkahwin pada usia muda .Mendapat seorang anak lelaki. Saya kematian suami semasa umur 30an. Bila kematian suami, saya berhijrah ke KL mencari rezeki dan anak ditinggalkan di kampung dibawah jagaan ibubapa angkat. Sejak saya di KL, anak lelaki mula tidak sukakan saya. Dia tidak mahu bercakap dengan saya. Saya masih kerap balik menjenguk dia dan selalu bertanya khabar. Saya hidup sendirian di KL. Saya membuat berbagai pekerjaan untuk mencari rezeki. Antaranya mencuci rumah orang, bekerja di kedai makan, bekerja di kedai runcit, menjadi pengasuh dan menjual produk. Hidup sungguh perit, dengan pekerjaan yang tidak tetap dan ditambah kebencian oleh anak sendiri. Saya merasa tertekan, sedih, kecewa dan marah dengan kehidupan. Saya sep...